Ada masanya, kita percaya pada apa yang kita rasa dan fikir, seolah-olah ianya benar dan nyata, maka akhirnya sedar bahawa semua itu tidak wujud. Seperti yang sedang berlaku dengan aku ketika ini. Aku cukup yakin dengan apa yang aku rasa, seolah-olah dia turut merasa apa yang sedang aku rasa ketika ini.Bila mana, aku sedang merindui dia, aku yakin bahawa dia juga sedang merindui aku. Ketika aku memikirkan dia, si dia juga sedang memkirkan aku.Menyintai aku sepertimana aku menyintai dia. Akhirnya, aku sedar bahawa itu cuma khayalan dan mainan mindaku.Mungkinkah aku tidak waras? Dia yang tak pernah tahu perasaan aku padanya,mana mungkin merasakan apa yang aku rasakan? mana mungkin dia merindui aku?, apatah lagi menyintai aku? Jadi aku sering ingatkan diri ini agar '' Sedar" wake up'' jangan berangan di siang hari. Biarlah rasa ini tersimpan rapi untuk selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment