Tuesday 2 February 2016

Luahan hati kecilku

02/02/2016,
Tarikh ini akan aku ingati untuk selamanya, dimana aku tidak lagi melihat picture profile whatapps kamu. Malahan tidak lagi melihat last seen kamu. Dan aku yakin inilah titik noktah, yang kamu berikan pada diriku, titik noktah pada cintaku. Segalanya berakhir disini, namun aku masih mengharapkan kamu, sungguh!. Sungguh, tak tergambar rasa hatiku, terpaku dan terpana tak bermaya, perasaan bercampur baur di ketika itu. Bagaikan denyutan jantung  terhenti seketika, dan dunia berhenti berputar. Seakan hari yang cerah bertukar kelam, hati yang riang bertukar duka. Terasa hari sangat panjang, menanggung rasa pedih dan perit dijiwa, menanggung tangisan dijiwa, namun dilindungi dengan senyuman dan tawa dibibir. Itulah yang berlaku sepanjang hari itu.
03/02/2016,
Hari ini, aku berharap semuanya akan pulih seperti sediakala, namun aku hampa lagi. Semakin sakit kurasakan ketika ini.Aku cuma mampu berdoa dan meluahkan apa yang terbuku dihati ini melalui ruangan blogku ini. Aku bertekad, jika itu yang kamu telah pilih, dan itu yang terbaik bagi kamu, aku rela lepaskan kamu dari hati ini. Aku bebaskan kamu dari belenggu bayangku. Aku nekad untuk mematikan last seen whatapps aku, bukan kerana membalas dendam terhadap apa yang kamu mulakan, jauh sekali membenci dirimu. Cuma, mahu mengawal gelodak hati, dan perasaan ini agar belajar menerima kehilangan rasa cintamu. Akhir sekali, aku memohon maaf pada dirimu, dan ketahuilah aku maafkan kamu  dengan apa juga keputusan yang telah kamu pilih.