Wednesday 11 May 2016

Hari ini akan jadi memori, esok dan seterusnya biarlah masa yang akan menentukan

Hari ini khamis (12/5/16) terlihat kamu,.hatiku gembira,
Jiwa berlagu riang,resah dan segala rasa tiba-tiba timbul,
sempat ku panjat syukur dihati ini melihat kelibatmu,
kerana kamulah orangnya yang kurindui selama ini,
Tak tertanggung dek badan dah rindu ini, hanya Tuhan yang tahu...
Jauh disudut mata ini, inginku tatap semahunya dirimu,
Agar kau tahu betapa dalamnya rindu yang kusimpan ini,
Betapa sakitnya rindu ini... Namun hakikatnya, 
aku hanya memandangmu dengan pandangan kosong dan hambar... 
Sempat kumarah diriku sendiri di dalam hati
 mengapa aku bertindak sedemikian kepadamu..
maafkan aku sayang... Aku cuma bimbang aku akan emotional sepanjang hari,
Ya!! memang dah pun terbawa emosi tu,
airmata jernih dari mataku menitis tak diundang,
sungguh perit rasa yang kutanggung ini.

Ketika itu...
Aku memandang sekilas padamu, mengukir senyuman hambar, 
Tak semanis senyuman dijiwaku,
sebab kuresah senyuman balasan darimu akan menggoncangkan hatiku,
lantas ku menoleh ke arah lain melarikan senyuman dan lirikan matamu,
Sungguh, aku tidak mampu,
Maafkan aku sayang..
Perasaan tak kamu? ketika kamu sedang membahagi-bahagikan label sisa itu,
Aku curi-curi pandang melihat kamu, 
Tahukah kamu apa yang sedang kufikirkan ketika itu?
jauh dibenakku memikirkan, andaikata aku salah seorang daripada wife kamu,
mungkinkah kamu akan adil dalam membahagi kasih sayang?
Seperti mana kamu membahagikan label sisa tersebut?
dan naluriku ingin sekali menyentuh wajahmu itu,
Namun benakku menjerit "bangun!!! jangan bermimpilah!! Layakkah kamu
disisinya"
Lantas menyedarkan aku dari lamunan itu,
Tatkala, malu aku sendiri mengingatinya...
Saat ini, aku hanya mampu mencoret detik itu, 
Biarlah ia jadi salah satu memori untuk aku,.
Terima kasih atas segala rasa yang ku alami ini, 
Rasa yang tak pasti mana hujungnya, 
Biarlah masa yang menentukan...






Tuesday 2 February 2016

Luahan hati kecilku

02/02/2016,
Tarikh ini akan aku ingati untuk selamanya, dimana aku tidak lagi melihat picture profile whatapps kamu. Malahan tidak lagi melihat last seen kamu. Dan aku yakin inilah titik noktah, yang kamu berikan pada diriku, titik noktah pada cintaku. Segalanya berakhir disini, namun aku masih mengharapkan kamu, sungguh!. Sungguh, tak tergambar rasa hatiku, terpaku dan terpana tak bermaya, perasaan bercampur baur di ketika itu. Bagaikan denyutan jantung  terhenti seketika, dan dunia berhenti berputar. Seakan hari yang cerah bertukar kelam, hati yang riang bertukar duka. Terasa hari sangat panjang, menanggung rasa pedih dan perit dijiwa, menanggung tangisan dijiwa, namun dilindungi dengan senyuman dan tawa dibibir. Itulah yang berlaku sepanjang hari itu.
03/02/2016,
Hari ini, aku berharap semuanya akan pulih seperti sediakala, namun aku hampa lagi. Semakin sakit kurasakan ketika ini.Aku cuma mampu berdoa dan meluahkan apa yang terbuku dihati ini melalui ruangan blogku ini. Aku bertekad, jika itu yang kamu telah pilih, dan itu yang terbaik bagi kamu, aku rela lepaskan kamu dari hati ini. Aku bebaskan kamu dari belenggu bayangku. Aku nekad untuk mematikan last seen whatapps aku, bukan kerana membalas dendam terhadap apa yang kamu mulakan, jauh sekali membenci dirimu. Cuma, mahu mengawal gelodak hati, dan perasaan ini agar belajar menerima kehilangan rasa cintamu. Akhir sekali, aku memohon maaf pada dirimu, dan ketahuilah aku maafkan kamu  dengan apa juga keputusan yang telah kamu pilih.





   
     

Wednesday 18 November 2015

Choose to heal , not to hurt


Choose to heal, not to hurt,~~~Choose love, not hate~~~













"Choose to heal, not to hurt.. Choose love, not hate". Itu dia status whatapps aku hari ini. Hemm, ayat tu membawa banyak maksud sebenarnya. Terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana menyimpulkan ayat tersebut. Bagi aku sendiri, ia juga membawa banyak maksud. Hemmm, sebenarnya bagi aku, ia lebih membawa maksud penerimaan terhadap apa yang telah berlaku dalam hidup aku sendiri iaitu yang melibatkan hati dan perasaan. Dalam hidup ni, ada banyak benda atau perkara yang kita inginkan, tapi tak semua yang kita ingini itu dapat kita kecapi. Itulah namanya hidup, betul tak? Apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan.

Okey dipendekkan cerita, maksud sebenar aku pada ayat tersebut ialah, menerima suratan takdir terhadap cinta yang  ada dihati yang tidak mungkin aku mampu miliki. Ya, sungguh sakit rasa dijiwa jika cinta itu tak termiliki, bukan? Aku percaya anda di luar sana juga pernah merasai cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta tak terluahkan. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Dan bagaimana penerimaan aku ialah mencuba untuk merawat rasa sakit itu dengan melupakan dia perlahan-lahan. Memang bukan mudah, perit dijiwa tak tertanggung dek badan namun kugagahi juga. Mungkin ia akan beransur-ansur hilang dengan waktu. Mungkin cepat mungkin lambat. Mungkin berbulan, mungkin bertahun, aku pun tidak pasti. Atau mungkin rasa cinta ini akan terus kekal.. Hanya waktu yang akan menentukan.


Sungguh ketika ini, aku masih menyintai malahan merindui dia saban hari, namun aku terus mencuba. Ada ketikanya, aku merindui dia, tak tertanggung rasanya, ada kalanya, aku ingin pasrah dan ingin terus mengejar bayang-bayang dia, tapi jauh disudut hati ada suara lain yang sering mengingatkan aku bahawa dia itu hakmilik insan lain. Suara-suara itulah yang memberi aku kekuatan sehingga hari ini.


Aku akui aku inginkan dia, namun dalam masa yang sama aku juga tidak mahu menjadi perosak kepada sebuah masjid. 
Aku akui sehingga kini, aku masih tidak mampu menepis pandangan mata ini takthla melihat dia di kejauhan, Aku mohon maaf kiranya pandangan mata ini mengganggu ketenteraman atau ketidakselesaan dirimu. Sungguh kamu sangat mempesona mata, jiwa dan raga aku.


Apa yang aku mampu katakan, aku akan cuba melupakan dia perlahan-lahan, tanpa ada sekuman pun rasa benci dihati ini . Kerana aku percaya takdir Tuhan, isterimu adalah insan yang terbaik untukmu... Andai suatu masa nanti, aku berjaya melupakan kamu, itu kerana aku telah berjuang sepenuhnya dan ketahuilah bahawa aku masih meyayangi kamu sebagai kawan.




Thursday 5 November 2015

Rasa hatiku



Secangkir KOPI, 
Sepahit dan seenak rasa,
Tak sepahit 
RASA dan HATIKU..





SUARA HATIKU

5/11/2015,

''Aku nekad lupakan kamu kali ini" itu suara hatiku,
Entah mampu atau tidak, aku pun tak tahu,
Acap kali ayat itu keluar dari benak serta hatiku,

Namun gagal setiap kalinya, sesungguhya aku tak pernah mampu,
Namun aku akan terus mencuba, berjuang dan bertarung untuk melupakan kamu...



Thursday 20 August 2015

Sehingga ke detik ini,
Aku masih menyintai kamu,
Tetapi terus berjuang melupakan kamu,
Kerana aku tahu itu yang terbaik,
Dan kuyakin dia tercipta untukmu,
Dia yang terbaik untukmu,
Dan selayaknya untukmu...

Jika suatu masa nanti,
Aku masih menyintai kamu,
Ingin ku jelaskan, sesungguhnya,
Diri ini telah sehabis daya dan jiwa,
Mencuba dan berjuang melupakan kamu...
Sudilah kiranya diri ini dimaafkan, dan
Izinkan diri ini terus menyintai kamu,
selama mana ia mampu bertandang,
Di sanubariku ini.








Maafkanku, ku tak mampu...

Maafkan aku..
aku masih gagal melupakan kamu,
sungguhpun sehabis daya telah kucuba,
Namun hati dan jiwa ini tetap merintih, meronta
memaksa diri mencari kelibatmu..

Sungguh,
Deritanya jiwa ini,
Peritnya hati menanggung,
Melupakan dia yang kucintai,
Menafikan dia yang kurindui
setiap detik..

Sungguh,
beribu kali sudah kucuba,
Tapi rasa itu tidak beranjak,
Malah bertambah kian hari,
Memaksa dan menyeksa jiwa
Mencari dan terus mencari dirimu.

Tak mampu kunafikan,
dalam kesengsaraan jiwa ini,
Terselit riang ria dan bahagia,
Setiap kali melihat dia..
Sungguh...
Dia cukup mempesona...