Wednesday 18 November 2015

Choose to heal , not to hurt


Choose to heal, not to hurt,~~~Choose love, not hate~~~













"Choose to heal, not to hurt.. Choose love, not hate". Itu dia status whatapps aku hari ini. Hemm, ayat tu membawa banyak maksud sebenarnya. Terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana menyimpulkan ayat tersebut. Bagi aku sendiri, ia juga membawa banyak maksud. Hemmm, sebenarnya bagi aku, ia lebih membawa maksud penerimaan terhadap apa yang telah berlaku dalam hidup aku sendiri iaitu yang melibatkan hati dan perasaan. Dalam hidup ni, ada banyak benda atau perkara yang kita inginkan, tapi tak semua yang kita ingini itu dapat kita kecapi. Itulah namanya hidup, betul tak? Apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan.

Okey dipendekkan cerita, maksud sebenar aku pada ayat tersebut ialah, menerima suratan takdir terhadap cinta yang  ada dihati yang tidak mungkin aku mampu miliki. Ya, sungguh sakit rasa dijiwa jika cinta itu tak termiliki, bukan? Aku percaya anda di luar sana juga pernah merasai cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta tak terluahkan. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Dan bagaimana penerimaan aku ialah mencuba untuk merawat rasa sakit itu dengan melupakan dia perlahan-lahan. Memang bukan mudah, perit dijiwa tak tertanggung dek badan namun kugagahi juga. Mungkin ia akan beransur-ansur hilang dengan waktu. Mungkin cepat mungkin lambat. Mungkin berbulan, mungkin bertahun, aku pun tidak pasti. Atau mungkin rasa cinta ini akan terus kekal.. Hanya waktu yang akan menentukan.


Sungguh ketika ini, aku masih menyintai malahan merindui dia saban hari, namun aku terus mencuba. Ada ketikanya, aku merindui dia, tak tertanggung rasanya, ada kalanya, aku ingin pasrah dan ingin terus mengejar bayang-bayang dia, tapi jauh disudut hati ada suara lain yang sering mengingatkan aku bahawa dia itu hakmilik insan lain. Suara-suara itulah yang memberi aku kekuatan sehingga hari ini.


Aku akui aku inginkan dia, namun dalam masa yang sama aku juga tidak mahu menjadi perosak kepada sebuah masjid. 
Aku akui sehingga kini, aku masih tidak mampu menepis pandangan mata ini takthla melihat dia di kejauhan, Aku mohon maaf kiranya pandangan mata ini mengganggu ketenteraman atau ketidakselesaan dirimu. Sungguh kamu sangat mempesona mata, jiwa dan raga aku.


Apa yang aku mampu katakan, aku akan cuba melupakan dia perlahan-lahan, tanpa ada sekuman pun rasa benci dihati ini . Kerana aku percaya takdir Tuhan, isterimu adalah insan yang terbaik untukmu... Andai suatu masa nanti, aku berjaya melupakan kamu, itu kerana aku telah berjuang sepenuhnya dan ketahuilah bahawa aku masih meyayangi kamu sebagai kawan.




Thursday 5 November 2015

Rasa hatiku



Secangkir KOPI, 
Sepahit dan seenak rasa,
Tak sepahit 
RASA dan HATIKU..





SUARA HATIKU

5/11/2015,

''Aku nekad lupakan kamu kali ini" itu suara hatiku,
Entah mampu atau tidak, aku pun tak tahu,
Acap kali ayat itu keluar dari benak serta hatiku,

Namun gagal setiap kalinya, sesungguhya aku tak pernah mampu,
Namun aku akan terus mencuba, berjuang dan bertarung untuk melupakan kamu...



Thursday 20 August 2015

Sehingga ke detik ini,
Aku masih menyintai kamu,
Tetapi terus berjuang melupakan kamu,
Kerana aku tahu itu yang terbaik,
Dan kuyakin dia tercipta untukmu,
Dia yang terbaik untukmu,
Dan selayaknya untukmu...

Jika suatu masa nanti,
Aku masih menyintai kamu,
Ingin ku jelaskan, sesungguhnya,
Diri ini telah sehabis daya dan jiwa,
Mencuba dan berjuang melupakan kamu...
Sudilah kiranya diri ini dimaafkan, dan
Izinkan diri ini terus menyintai kamu,
selama mana ia mampu bertandang,
Di sanubariku ini.








Maafkanku, ku tak mampu...

Maafkan aku..
aku masih gagal melupakan kamu,
sungguhpun sehabis daya telah kucuba,
Namun hati dan jiwa ini tetap merintih, meronta
memaksa diri mencari kelibatmu..

Sungguh,
Deritanya jiwa ini,
Peritnya hati menanggung,
Melupakan dia yang kucintai,
Menafikan dia yang kurindui
setiap detik..

Sungguh,
beribu kali sudah kucuba,
Tapi rasa itu tidak beranjak,
Malah bertambah kian hari,
Memaksa dan menyeksa jiwa
Mencari dan terus mencari dirimu.

Tak mampu kunafikan,
dalam kesengsaraan jiwa ini,
Terselit riang ria dan bahagia,
Setiap kali melihat dia..
Sungguh...
Dia cukup mempesona...












Monday 27 April 2015

Wake up!!! jangan berangan


Ada masanya, kita percaya pada apa yang kita rasa dan fikir, seolah-olah ianya benar dan nyata, maka akhirnya sedar bahawa semua itu tidak wujud. Seperti yang sedang berlaku dengan aku ketika  ini. Aku cukup yakin dengan apa yang aku rasa, seolah-olah dia turut merasa apa yang sedang aku rasa ketika ini.Bila mana, aku sedang merindui dia, aku yakin bahawa dia juga sedang merindui aku. Ketika aku memikirkan dia, si dia juga sedang memkirkan aku.Menyintai aku sepertimana aku menyintai dia. Akhirnya, aku sedar bahawa itu cuma khayalan dan mainan mindaku.Mungkinkah aku tidak waras? Dia yang  tak pernah tahu perasaan aku padanya,mana mungkin  merasakan apa yang aku rasakan? mana mungkin dia merindui aku?, apatah lagi menyintai aku? Jadi aku sering ingatkan diri ini agar '' Sedar" wake up'' jangan berangan di siang hari. Biarlah rasa ini tersimpan rapi untuk selamanya.







Thursday 9 April 2015

Perkara bodoh

Setiap orang ada perkara bodoh yang mereka pernah lalui atau lakukan. Begitu juga aku, perkara bodoh yang selalu aku lakukan setiap hari ialah:- Buka whatapps semata-mata nak tengok 'LAST SEEN' kamu sambil tengok profile picture whatapps kamu apabila terlalu rindu.Tapi yang peliknya tak juga hilang rindu ni...

Tahukah kamu hatiku?

Di saat ini, di waktu ini..


Tahukah kamu? 

Aku sedang memikirkan kamu,

Merindui kamu, 

Walaupun di ketika ini jugalah

Aku juga sedang berjuang

 Untuk melupakan kamu..


Tahukah kamu?

Peritnya rasa dijiwa ini,

Menolak, memaksa hati ini 

Untuk melupakan kamu..


Tahukah kamu?

Setiap hari kupohon doa

Melenyapkan perasaan cinta ini,

Biarpun kenyataannya aku tak rela..

Kerana aku yakin dan pasti

Bahagiamu bersama dia

Jodohmu telah ditakdir bersama dia..






Cinta itu indah,
Tapi
Sakit bila ditolak,
Sakit bila berundur, 
Dan
Lebih sakit bila
Tak dapat diluahkan...

Wednesday 8 April 2015

Hati tanpa Jiwa, Umpama

Lagu tanpa Irama...

Hilang Irama,Lemahlah lagu..

Semakin ku mencuba untuk melupakan mu,
Semakin terseksa jiwa kurasakan,
Semakin ku cuba untuk melangkah ke depan,
Semakin longlai langkah kaki ku.

Deritanya jiwa merindui kamu,
Menusuk jantung, merobek hati
Bagai nak gila memikirkan kamu,
Siang dan malam bertandang dihati..


Friday 13 February 2015

Seluruh cinta

Petikan lirik lagu seluruh cinta yang dinyanyikan oleh Dato siti dan carka khan:-


Kaulah seluruh cinta bagiku

Yang selalu menenteramkan perasaanku 
Diri mu kan selalu ada disisi ku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama





Begitu lah perasaanku terhadapmu..Semoga tiba waktunya kamu akan menemukan ruangan blog ini..


Friday 6 February 2015

Mimpi didalam dakapanmu

Semalam kau hadir lagi dalam mimpiku,
bahagianya aku saat itu didalam dakapanmu,
Entah aku pun tak tahu apakah makna tersirat,
Ataupun ianya hanya mainan tidur..
Yang pasti aku berasa tenang dan bahagia
dalam mimpi itu...
Namun di realiti sebenar,
Kamu tak seperti dalam mimpi itu,
Kamu adalah kamu, 
yang kukenali dengan sifat ketegasan, 
kepimpinanan,
Tak seindah dalam mimpi itu..
Yang penuh dengan ketenangan,\,
Kelembutan dan penuh kasih sayang
Sedarlah ku kini,..
Yang mimpi itu cumalah sekadar mainan tidur..

Thursday 29 January 2015

Terima kasih

Terima kasih tuhan untuk hari ini,
Hati lega dan tenang,
Segalanya berjalan baik dan lancar,
Semoga hari-hari mendatang,
Akan lebih baik, 
Syukur...

Terima kasih cinta,
Tak terungkap kegembiraanku hari ini,
Melihat kamu, menatap wajahmu,
Cukup membahagiakan aku..
Moga hari-hari mendatang,
Akan lebih ceria..
Akan lebih gembira
Akan lebih bermakna..



Wednesday 28 January 2015

Coretan cinta

Ku imbas kembali masa lampau,
Mencuba mengingati kembali, 
Bilakah waktu aku telah mula menyayangi kamu?
Rasa sayang yang tak dapat ku ungkapkan,
Bilakah waktunya aku telah mula merindui kamu?
Rindu yang teramat, Rindu yang menyeksakan,
Rindu yang membahagiakan..

Ada getar, ada debar dan bahagia silih berganti,
Hadir dalam sanubari ini, 
Takthla kamu hadir mengisi fikiran ini,. 
Bahkan, melihat kamu di kejauhan sana,
Cukup mengujakan aku,
Cukup mendamaikan aku,
Cukup membahagiakan diri ini...

Takthla kamu semakin menghampiri,
Kurasakan debar yang tak tertanggung,
Ingin rasanya ku berlalu pergi,
Kucabut lari, tapi aku tak terdaya,
Ku ukirkan senyuman dibibir,
Penuh rasa gembira dan bahagia,
Meskipun mungkin itu hanyalah,
Senyuman hambar padamu...

Puas sudah ku imbau, 
Tetapi aku tidak menemukan waktu yang jelas
Bilakah waktunya aku  mula merinduimu, menyayangimu, 
Bahkan lebih teruk ia kuandaikan sebagai ''JATUH HATI"..
Mungkinkah awal tahun 2012? 
Ataukah rasa ini telah tersimpan,
Sejak pertama kali terserempak dengan mu..
Aaah tak mungkin, 
Ya!!! aku suka kamu tapi,
Itu aku andaikan sebagai perasaan kagum..
Yang pasti, aku rasakan perasaan ini semakin sakit 
Selepas kamu memiliki dan dimiliki wanita lain..

Di kesempatan ini,
Ruangan ini,
Detik dan saat ini, 29/01/15 , Jam 11.33am..
Aku telah coretkan dan sahkan,
Bahawa hati ini milikmu kerana,
Aku telah jatuh Cinta pada dirimu,
Maafkan aku..









Rinduku Padamu


Dalam hati ini, 
tersimpan rasa rindu yang teramat, 
Rindu yang menyesakkan,
Rindu yang tak mampu kuungkapkan...

Kupendam rindu ini,
Selama mana dia bertandang,
 Selama mana aku bertahan,
Biarlah menjadi rahsia 
Untuk selamanya...


 Tak Daya kucurahkan rindu ini,
Keadaan memaksa dan membataskan,
Menjadi dinding dan tembok
menghalang untukku luahkan...


Kerana itu,
kucoretkan untuk tatapan
Untuk ingatan, 
Untuk kenangan, 
sebagai hadiah rinduku
padamu..