Wednesday 18 November 2015

Choose to heal , not to hurt


Choose to heal, not to hurt,~~~Choose love, not hate~~~













"Choose to heal, not to hurt.. Choose love, not hate". Itu dia status whatapps aku hari ini. Hemm, ayat tu membawa banyak maksud sebenarnya. Terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana menyimpulkan ayat tersebut. Bagi aku sendiri, ia juga membawa banyak maksud. Hemmm, sebenarnya bagi aku, ia lebih membawa maksud penerimaan terhadap apa yang telah berlaku dalam hidup aku sendiri iaitu yang melibatkan hati dan perasaan. Dalam hidup ni, ada banyak benda atau perkara yang kita inginkan, tapi tak semua yang kita ingini itu dapat kita kecapi. Itulah namanya hidup, betul tak? Apatah lagi melibatkan soal hati dan perasaan.

Okey dipendekkan cerita, maksud sebenar aku pada ayat tersebut ialah, menerima suratan takdir terhadap cinta yang  ada dihati yang tidak mungkin aku mampu miliki. Ya, sungguh sakit rasa dijiwa jika cinta itu tak termiliki, bukan? Aku percaya anda di luar sana juga pernah merasai cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta tak terluahkan. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Dan bagaimana penerimaan aku ialah mencuba untuk merawat rasa sakit itu dengan melupakan dia perlahan-lahan. Memang bukan mudah, perit dijiwa tak tertanggung dek badan namun kugagahi juga. Mungkin ia akan beransur-ansur hilang dengan waktu. Mungkin cepat mungkin lambat. Mungkin berbulan, mungkin bertahun, aku pun tidak pasti. Atau mungkin rasa cinta ini akan terus kekal.. Hanya waktu yang akan menentukan.


Sungguh ketika ini, aku masih menyintai malahan merindui dia saban hari, namun aku terus mencuba. Ada ketikanya, aku merindui dia, tak tertanggung rasanya, ada kalanya, aku ingin pasrah dan ingin terus mengejar bayang-bayang dia, tapi jauh disudut hati ada suara lain yang sering mengingatkan aku bahawa dia itu hakmilik insan lain. Suara-suara itulah yang memberi aku kekuatan sehingga hari ini.


Aku akui aku inginkan dia, namun dalam masa yang sama aku juga tidak mahu menjadi perosak kepada sebuah masjid. 
Aku akui sehingga kini, aku masih tidak mampu menepis pandangan mata ini takthla melihat dia di kejauhan, Aku mohon maaf kiranya pandangan mata ini mengganggu ketenteraman atau ketidakselesaan dirimu. Sungguh kamu sangat mempesona mata, jiwa dan raga aku.


Apa yang aku mampu katakan, aku akan cuba melupakan dia perlahan-lahan, tanpa ada sekuman pun rasa benci dihati ini . Kerana aku percaya takdir Tuhan, isterimu adalah insan yang terbaik untukmu... Andai suatu masa nanti, aku berjaya melupakan kamu, itu kerana aku telah berjuang sepenuhnya dan ketahuilah bahawa aku masih meyayangi kamu sebagai kawan.




No comments:

Post a Comment